SEJARAH MADRASAH AL-AMINIAH CAWANGAN BERTAM
Diasaskan oleh allahyarham Tn. Hj Zabidi b. Hj Mohd.
Ali pada tahun 1982. Sebagai asas permulaan, beliau telah membuka
kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 6 tahun yang bertempat di
Dewan Hj. Zabidi. Pada Ogos 1990, allahyarham Hj. Zabidi telah
kembali ke rahmatullah pada usia menjangkau 78 tahun. Namun, hasil
usaha beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Setelah pemergian
allahyarham, pentadbiran sekolah diteruskan oleh adik beliau sendiri
iaitu Tn. Hj. Kassim.
Di bawah pentadbiran Tn. Hj. Kassim, pada tanggal 1
Oktober 1990, nama Madrasah Al-Aminiah diwujudkan dan didaftarkan
sebagai sebuah sekolah agama rakyat.
Pengetua pertama yang dilantik untuk menerajui
Madrasah Al-Aminiah dan sehingga sekarang ialah Tn. Hj. Azamuddin bin
Alang Hamzah.
Pada tahun 1992, pembelajaran yang dijalankan di dalam dewan sebelum ini telah berpindah ke sebuah bangunan. sekolah yang lebih sempurna. Dari semasa ke semasa, bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pembelajaran dan bilangan pelajar yang semakin bertambah.
Pada tahun 2015, Ustaz Mohd Fazrol Hakimi Bin Hj Md
Radzi telah menerima amanah daripada Mudir (Pengetua) Madrasah
Al-Aminiah (Induk) Permatang Nibong, Tn. Hj Azamuddin Bin Alang
Hamzah untuk membuka sebuah madrasah bagi masyarakat di Bertam,
Kepala Batas.
Berkat daripada tunjuk ajar, sokongan, bantuan tanpa
berbelah bahagi dan dokongan maka sebuah madrasah berjaya ditubuhkan
pada tahun 2015. Madrasah ini akan beroperasi sepenuhnya Sekolah
Agama Rakyat (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) pada 01 Januari
2016 (Jumaat) bersamaan dengan 20 Rabiul Awal 1437H.